Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Modal bukan kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan??

Duit atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan; sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu, wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.


Sekiranya anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka. Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul untuk membina kekayaan & kejayaan.

 Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang atau pinjam wang serta ilmu.
  
Saya pernah bergadai untuk mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan saya utk “beli” ilmu, untuk “beli” kejayaan saya. Hidup jangan jadikan masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit.
- Terjemahan Dr.Azizan Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi antara yang terbaik di dunia-

Peanugerahan SM/SSM pada 18 Feb 2012

Alhamdulillah sedar xsedar saya dah dpt pangkat pertama.. Sales Manager (SM)...sekarang sedang menuju pangkat ke2.....Hari Penganugerahan SM/SSM pada 18 Feb 2012 - 2ptg...nanti saya masukkan gambarnye...xsabar rasanya...


Ingatkan susah bisnes ni kan?....macam2 dalam fikiran saya dulu sebelum join bisnes bersama Smart tycoon Group...Maklum la kita bukan belajar bidang bisnes...macam mana nak tahu selok belok bisnes....pulak tu lepas kawin terus jadi surirumah...membazir belajar dulu..hehehe....byk sungguh kelemahan saya... Antaranye:

Saya xpandai cakap ~ kawan2 rapat saya pun tahu saya ni bukan peramah orangnya...xbanyak cakap..cakap pun untuk hal2 penting/tertentu..yang selebihnya saya banyak senyum je atau angguk je....


Saya pemalu orangnya ~ nak bertegur sapa dgn jiran pun rasa xtentu...macam2 terlintas difikiran... hehe..last2 xtegur..org kata sombong plak...huhu...


Saya penakut orangnya ~ takut kalau nak pergi sana sini...jumpa org lagi la....lagi takut kalau kena suruh mulakan perbualan...atau lebih ngeri buat talk kat depan org ramai...oh tidak....


Saya xramai kawan ~ ye..mmg xramai hanya kawan2 sekolah yg ngam dan fahami saya shj & kawan kolej itu pun sebab serumah...yang lain2 tu mmg xrapat sgt...diorang lebih kenal saya dr saya kenal diorang...teringat saya time kolej dulu...saya tanya dgn kawan serumah saya mengenai seorang lelaki ni (suami sy) amik course apa?kawan saya boleh terkejut sy xkenal...apa taknya..lelaki tu satu kelas dengan saya..huhu..teruk betul aku ni...tahu pergi kelas balik kelas je....

Sekarang alhamdulillah segala yang negatif dlm diri dikikis sikit demi sedikit..ye la... bila nak majukan....hidup mesti ada kemjuan...dunia pun maju...xkan kita nak kena tinggalkan?..
Kawan2 yg kenal saya kata ...xpercaya lak reen sekarang...buat bisnes....dulu senyap je..boleh bisnes ye?boleh je..yang penting ada mentor, ilmu & sistem.... klu kita xmencabar diri....mana nak dapat hasilnye...cuba dulu baru tahu...

Alhamdulillah saya berada dalam group yang betul...saya dibimbing & diajar selok belok bisnes...strategi & cara berkomunikasi yang berkesan...saya sentiasa mempunyai semangat yg berkobar2 untuk berjaya...di Smart Tycoon Group kita diajar menjadi seseorang yang positif, berkeyakinan & berjaya...diajar step by step dan sentiasa ada hala tuju perjuangan saya.... Insyaallah..

Apa yang saya dapat sepanjang bisnes saya yg masih awal ini...

saya suka bling2..so saya grab sebuah SOLVILetTITUS...
jalan2 lagi...

Penghias jari saya...

So kalau anda ada ciri diatas..PERCAYALAH!!...Anda boleh berubah!!....buang segala alasan ketepi...!!!

Bagaimana caranya..??? 
Buka minda & rela dibimbing & kami sudi ajar anda satu persatu... Dunia di hujung JaRi anda...tiada alasan xde kawan...bisnes partner yg jauh2 still boleh keep in touch... yang penting berdikari & beri peluang pd diri....Insyaallah apa yang anda impikan pasti tercapai....Terima Kasih Allah... :)

Monday, January 16, 2012

Today News...16 Jan 2012... Bakal2 Usahawan Jutawan!

Alhamdulillah.. Tq Allah...
Semalam selesai Seminar MMR & BEST....Ini kali ke-2 di Kajang dan yang seronoknya kali ni saya membawa seorang lagi bisnes partner sy iaitu K. Umie Saliza dr Gemencheh... Tahniah K. Liza.. beliau seorang yang hebat telah mempunyai phamasi sendiri... sanggup datang dr jauh, berpisah dgn anak yang masih breast feeding demi menimba ilmu keusahawanan & mengenali potensi diri... Tidak meletakkan masalah sbg alasan.. terserlah potensi dirinya..
Anda seorang yang positif & hebat!
 yang paling syooooknya... Semalam juga beliau buat projek bila nampak peluang hebat bersama ST group...

You inspired me.. Anda Usahawan hebat ! 

Terima Kasih juga pada Mentor2 Smart Tycoon Group
Mentor Norazlin, Mentor Elmy, Mentor Omar & Mentor Ariffin
Bimbingan, sokongan, ilmu, tips & tunjuk ajar xjemu2 yang sangat berharga 
melahirkan usahawan2 from Zero to Hero !


Insyaallah... Tq Allah..

Tuesday, January 10, 2012

Cara bagaimana utk menjadi Kaya?

Bagaimana utk berjaya, meningkatkan status atau menjadi kaya adalah suatu persoalan yang menarik utk mereka yg bercita-cita mendapatkannya. Ia juga dibincangkan dlm beberapa displin ilmu. Sedar atau tidak hakikatnya mmg terdapat ilmu bagaimana utk berjaya, mendapat status & menjadi kaya.

Sesiapa yang mempelajari ilmu atau mengikuti itu maka secara automatik ia menempah tiket ke arah kejayaan, memperoleh kekayaan & pangkat sekaligus. Dalam ilmu sosiologi ada disebut 3 cara seseorang itu boleh meningkat statusnya atau menjadi kaya.


1> Cara pertama : melalui keturunan. 
Seseorang yang dilahirkan dlm keturunan yg berada secara automatik dia mewarisi kekayaan keluarganya. Umpama anak2 raja, pembesar istana & anak2 jutawan. Mereka lahir ke dunia dgn semuanya tersedia.

Tetapi itupun memerlukan kaedah & cara jika ingin menambah kekayaan. Kalau pewaris tidak bijak menguruskan kekayaannya, punah semua kekayaan yg diwarisi itu.

2> Cara kedua : boleh dicapai oleh sesiapa saja samada org biasa atau awam Tetapi tidak semua ada peluang memperolehinya. Dan jika peluang itu terbuka ia harus direbut serta- merta. Bukan masanya utk berfikir panjang. bagaimanapun ia boleh menjadi cita2 seseorang. Cara ini ialah melalui perkahwinan dengan seorang raja, bangsawan, tokoh2 koprat & jutawan. Seseorang itu boleh jadi kaya dengan sekelip mata. Byk cth2 sekeliling kita bagaimana boleh mendapat status melalui cara ini.

3> Cara ketiga ialah apa yg disebut memperoleh kekayaan melalui ikhtiar sendiri yakni disebut oleh ahli sosiologi sbg achieved status. Cara ini terbuka & boleh diusahakan setiap orang.
Mereka juga lebih kaya berbanding dengan mereka yang memperolehi kekayaan melalui pewarisan atau keturunan. Ini adalah titik peluh mereka tiada terhad (unlimited or infinity) & tidak bergantung kepada pengaruh sesiapapun.

Beberapa org yang dikenali didunia sbg terkaya kerana usahaniaga mereka termasuklah Bill Gates (Microsoft, US), Ingvar kamprad (perabot), Karl Albrecht (WalMart, AS), Larry Ellison (Oracle,AS)
Tidak kurang juga individu terkaya di Malaysia yg terkenal termasuklah Robert Kwok Hock Nien (Raja Gula), T Nanda Krishnan (Astro,Komunikasi), Lim Goh Tong (Genting), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary & Dato Seri Anthony Fernandes (Air Asia)

Mereka yang tersenarai diatas kesemua memilih jalan perniagaan & melalui jalan serta cra2 tertentu & hasilnya mereka mampu memiliki harta & wang yang sgt banyak. Dan ini boleh berlaku samada dengan niat yang bersungguh2 atau tidak sengaja.
Namun kebiasaanya ia terhasil dari usaha yang bersungguh2, penuh minat & konsisten mereka. Dalam islam juga menyarankan umatnya menjalankan perniagaan kerana terukir dalam hadith bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dr jalan perniagaan. Jangan diragui.

Cara ketiga ini paling sesuai bg individu yang suka bekerja sendiri & tidak suka menjadi orang bawahan, suka perkara yg mencabar & sanggup berusaha keras tanpa jemu. Tetapi bagi mereka yang berusaha gigih namun masih gagal atau tidak berjaya harus berfikir lebih jauh. Biasanya jika caranya tidak menepati liku2 jalannya atau tidak berguru dgn yg ahli & tidak mengikut mentor bisnes sudah pastilah akhirnya ia gagal walaupun betapa kuat usaha kemampuan mereka.

Namun sbg orang baru harus berani menghadapi semua kegagalan itu. Tanpa keberanian itu anda sudah menempah kegagalan. Sebaliknya dgn semangat berani gagal & cita2 tinggi utk berjaya anda sudah berada sebelah kaki & separuh jalan menempa kemenangan.

Maka janganlah anda berhenti ditengah2 jalan dr usaha anda mencapai kebebasan kewangan anda. Teruskan berusaha & yakin serta bertawakallah kepada Allah s.w.t kerana Dialah sahaja memakbulkan impian & cita2 kita.....Wallahu'alam.

P/S: Kekayaan perlukan ilmu, sistem dari mentor yang hebat! Ilmu sentiasa ada utk org yang sukakan ilmu...Berusaha mencari ilmu yang akan pasti merubah status anda....Tanya saya jika anda inginkan kejayaan itu!

Sunday, January 1, 2012

Berfikir Luar Kotak

Kisah seorang Billionaire yang bijak & berfikir luar kotak

Seorang lelaki India bertemu dgn pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu & perlu meminjam $5000.

Tanya pegawai bank, "Apa cagaran yang Tuan ada?". Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci & beberapa helai dokumen, " Ini kunci & dokumen kereta Ferrari saya. Saya letak di depan bank ".

setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat ketawa kerana pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750k. Setelah lelaki India menerima $5000, pekerja bank pun memandu & menyimpan Ferrari di dalam garaj.

Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, " Nah $5000, dan ini bunganya $15.41" . Pegawai bank & presiden bank tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. "kami gembira dpt membantu Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil tuan, Tuan seorang jutawan, kenapa meminjam $5000?''

lelaki India tu ketawa terbahak- bahak, " Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 minggu di New York ni dengan hanya $15.41?''

Ini kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya.


Kita pun boleh jadi hebat seperti beliau...berfikirlah luar kotak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...