Kenali Saya

Siapa saya?

Nama saya Nooriza Azreen Amirudin, dilahirkan di Batu Gajah, Perak dan dibesarkan di Kemaman, Terengganu. Sekarang berusia 30 tahun dan dikurniakan sepasang cahayamata...yang sulung sudah meninggal pada usia 2 bulan... so tinggal la seorang anak teruna usia 4 tahun yang sangat bijak & aktif.. Alhamdulillah..
Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan menguruskan perniagaan dari rumah..Alhamdulillah dengan semangat yang kental untuk menjadi usahawan berjaya dan percaya dengan bisnes, saya dapat kebebasan minda, masa & wang dengan syarat mempunyai ilmu, mentor, sistem & kuasa tindakan yang hebat.

Sedikit Perkongsian sejarah diri
1
Saya bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman. Pada tingkatan 1-3 saya terpilih ke Asrama Yayasan Terengganu Kemaman & bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail II, Kemaman, Terengganu... Alhamdulillah selepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (Franchise UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik). Disini saya belajar untuk mendapat segulung Diploma dengan harapan mendapat pekerjaan yang baik dan menjalani kehidupan yg baik..masa depan yang baik.

Selepas tamat pengajian bermula episod mencari kerja...cari job sana sini ...sudah banyak resume yg dihantar..akhirnya saya mendapat pekerjaan bermula dengan technician kontrak sahaja..ok la dari xde kan..tamat kontrak mencari lagi..saya give up..sbb semua nak pengalaman kerja..akhirnya saya berkerja sebagai kerani akaun..actually saya sebenarnya minat sgt dengan kira2 duit ni..maklum la dulu cita2 nak jadi akauntan...seronok bukan main bila dpt job yg diminati...bukan kira duit kita pun..kira akaun customer..tapi mmg best...kat situ bercambah semula minat untuk bisnes sendiri...apabila saya berkerja dengan bos melayu yg gigih walaupun bisnes nye simple tapi bile dicongak2 (kita kan jaga akaun customer..mesti la tau kan..) salenye jejak RM50k sebulan...saya pun berangan nak bisnes macam tu jugak... tapi xtau apa bisnes yg sesuai..masih menyimpan impian.

2
Selepas saya berkahwin dan mengandung anak pertama saya berhenti kerja sbb nak tumpu perhatian pada keluarga..kalau nak dikira2..kerja sampai malam pun gaji + OT xbyk mana pun...baik saya tumpukan perhatian pd family...Alhamdulillah..tapi selepas anak kami meninggal saya kebingungan semula...saya daftar diri untuk short course dalam bidang kejuruteraan (pakar untuk satu bidang)...selepas bersalin anak ke-2, ayah minta saya uruskan kilangnya di Penang..Selepas setahun di Penang saya mengorak langkah untuk mulakan bisnes sendiri setelah kilang ayah terpaksa ditutup disebabkan kekurangan tenaga mahir & modal.

3
Bermula dengan jual tudung, kerongsang, barangan anak2 yg comel & cute, baju kanak2 dan sebagainya. Pelbagai pengalaman yang saya pelajari..kerenah pelanggan, kena tipu dr supplier, pesaingan dgn peniaga bermodal besar dan paling berat bila xdapat pusing modal dengan cepat...Modal xyah cite la..byk gak la yang dikeluarkan tapi yang dpt balik separuh je..tu pun makan masa...sebab kita berniaga dengan modal ciput so barang xdpt la dgn harga rendah kan?...lain la kalau kita borong selori...ni la kalau bisnes konvensional...pesaingan harga...huhu..customer mesti cari yg murah je...Sedih sungguh..Suami apa lagi warning pertama dikeluarkan...

4
Saya berdoa supaya Allah bg saya jalan supaya saya dapat satu produk yang laris xperlu nak bersaing dgn org yg bermodal besar dan dpt capai semua impian saya. Selepas beberapa minggu doa saya dimakbulkan Allah...tq Allah... saya bertemu dengan satu bisnes yang saya impikan selama ini...dengan produk yang hebat, sistem & mentor yang hebat! Syukran.. Saya berkenalan dengan usahawan berjaya...xsangka dpt kawan dgn jutawan...huhu...macam mimpi je..angan2 jadi realiti...seronok dapat berkongsi pendapat & coaching dari jutawan ni..so disini saya belajar menggunakan sistem yg hebat...bagaimana nak meningkatkan potensi diri & optimumkan perniagaan kita dlm masa yang singkat!

Alhamdulillah, apabila saya diperkenalkan dengan produk, sistem, ilmu & mentor yg hebat ni...Saya berjaya menguasai bisnes dengan mudah dan telah berjaya membantu mereka yang mempunyai masalah kecantikkan mahupun kesihatan juga kewangan dan memberi senyuman diwajah mereka..
Bagi saya ia satu anugerah tak ternilai dengan kata2... Tq Allah.

Mengapa saya tulis blog ni?
Saya rasakan ilmu dan pengalaman saya ini 'wajib' dikongsikan kepada semua orang tanpa mengira usia. Semangat saya bertambah berkobar-kobar apabila terdapat lebih 10 orang mendapat Crown Diamond Manager (pangkat tertinggi) telah muncul. Tahun ini dijangka 6-10 orang pula akan diraikan sbg Crown.

Insyaallah saya merasakan saya mampu menjadi Mentor yg terbaik kepada mereka yang ingin melakukan perubahan dalam hidup tanpa mengira tahap pendidikan,jantina, umur dan kerjaya sekarang.

Saya yakin bahawa semua dilahirkan dengan peluang yg sama, persekitaran & pengalaman yang mencorakkan kita. Dan pastinya kita mempunyai pilihan untuk mencorakkannya kembali mengikut apa yang kita mahukan pd masa ini. JOM kita ubah sejarah hidup kita, ubah sejarah hidup keluarga kita & kita ubah sejarah masyarakat dengan meningkatkan ekonomi kita.

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.."
~ Surah Ar-Ra'ad, Ayat 11~

Jangan berlengah lagi, kini offer yang sungguh menarik sedang berlangsung...

Senyum-senyum selalu
Pick-up your phone, sms @ email
Nooriza Azreen Amirudin (Pn. Azreen)
012-9684246
syuhada_collection@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...