Bagaimana nak pastikan telur tiruan?
- Pegang telur dan rasa kelicinan telur. Permukaan telur tiruan agak kasar. Apabila kita pecahkan telur dan letakkan dalam bekas, kita boleh lihat putih telur dan kuning bercantum disebabkan tindakbalas udara. Kulit luar telur tiruan ni lebih berkilat dari telur asli...tapi sukar dibezakan jika kualiti telur tiruan baik.
- Apabila kita goncangkan telur tiruan menghasilkan bunyi kocakan seperti telur busuk.
- Bila kita menghidu bau telur biasa ia seakan bau daging ayam mentah atau hanyir, tapi telur tiruan tiada sebarang bau.
- Bila kita menjentik dengan kuku kulit telur asli mengeluarkan bunyi ranggup, manakala kulit telur tiruan diperbuat dari wax tidak mengeluarkan bunyi ini.
Jadi berhati-hatilah ketika membeli telur....
~~>> saya lagi risau..sebab saya selalu buat kek lapis..kek lapis guna sepapan telur untuk sebiji kek...!
Hebatkan orang China... Kalau dah potong2 memang tak perasaan...
lagi2 kalau kita ni beli je makanan kat kedai...
comfirm kita ngap je..!
Agak2 perasaan ke kalau dah campur dengan kuah...
macam laksa penang ke mee rebus ke mee kari ke nasi lemak?
erm...sedapnye..!! eii...ngerinye..!!