Kisah seorang Billionaire yang bijak & berfikir luar kotak
Seorang lelaki India bertemu dgn pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu & perlu meminjam $5000.
Tanya pegawai bank, "Apa cagaran yang Tuan ada?". Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci & beberapa helai dokumen, " Ini kunci & dokumen kereta Ferrari saya. Saya letak di depan bank ".
setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat ketawa kerana pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750k. Setelah lelaki India menerima $5000, pekerja bank pun memandu & menyimpan Ferrari di dalam garaj.
Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, " Nah $5000, dan ini bunganya $15.41" . Pegawai bank & presiden bank tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. "kami gembira dpt membantu Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil tuan, Tuan seorang jutawan, kenapa meminjam $5000?''
lelaki India tu ketawa terbahak- bahak, " Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 minggu di New York ni dengan hanya $15.41?''
Ini kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya.
Kita pun boleh jadi hebat seperti beliau...berfikirlah luar kotak!