Tuesday, January 10, 2012

Cara bagaimana utk menjadi Kaya?

Bagaimana utk berjaya, meningkatkan status atau menjadi kaya adalah suatu persoalan yang menarik utk mereka yg bercita-cita mendapatkannya. Ia juga dibincangkan dlm beberapa displin ilmu. Sedar atau tidak hakikatnya mmg terdapat ilmu bagaimana utk berjaya, mendapat status & menjadi kaya.

Sesiapa yang mempelajari ilmu atau mengikuti itu maka secara automatik ia menempah tiket ke arah kejayaan, memperoleh kekayaan & pangkat sekaligus. Dalam ilmu sosiologi ada disebut 3 cara seseorang itu boleh meningkat statusnya atau menjadi kaya.


1> Cara pertama : melalui keturunan. 
Seseorang yang dilahirkan dlm keturunan yg berada secara automatik dia mewarisi kekayaan keluarganya. Umpama anak2 raja, pembesar istana & anak2 jutawan. Mereka lahir ke dunia dgn semuanya tersedia.

Tetapi itupun memerlukan kaedah & cara jika ingin menambah kekayaan. Kalau pewaris tidak bijak menguruskan kekayaannya, punah semua kekayaan yg diwarisi itu.

2> Cara kedua : boleh dicapai oleh sesiapa saja samada org biasa atau awam Tetapi tidak semua ada peluang memperolehinya. Dan jika peluang itu terbuka ia harus direbut serta- merta. Bukan masanya utk berfikir panjang. bagaimanapun ia boleh menjadi cita2 seseorang. Cara ini ialah melalui perkahwinan dengan seorang raja, bangsawan, tokoh2 koprat & jutawan. Seseorang itu boleh jadi kaya dengan sekelip mata. Byk cth2 sekeliling kita bagaimana boleh mendapat status melalui cara ini.

3> Cara ketiga ialah apa yg disebut memperoleh kekayaan melalui ikhtiar sendiri yakni disebut oleh ahli sosiologi sbg achieved status. Cara ini terbuka & boleh diusahakan setiap orang.
Mereka juga lebih kaya berbanding dengan mereka yang memperolehi kekayaan melalui pewarisan atau keturunan. Ini adalah titik peluh mereka tiada terhad (unlimited or infinity) & tidak bergantung kepada pengaruh sesiapapun.

Beberapa org yang dikenali didunia sbg terkaya kerana usahaniaga mereka termasuklah Bill Gates (Microsoft, US), Ingvar kamprad (perabot), Karl Albrecht (WalMart, AS), Larry Ellison (Oracle,AS)
Tidak kurang juga individu terkaya di Malaysia yg terkenal termasuklah Robert Kwok Hock Nien (Raja Gula), T Nanda Krishnan (Astro,Komunikasi), Lim Goh Tong (Genting), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary & Dato Seri Anthony Fernandes (Air Asia)

Mereka yang tersenarai diatas kesemua memilih jalan perniagaan & melalui jalan serta cra2 tertentu & hasilnya mereka mampu memiliki harta & wang yang sgt banyak. Dan ini boleh berlaku samada dengan niat yang bersungguh2 atau tidak sengaja.
Namun kebiasaanya ia terhasil dari usaha yang bersungguh2, penuh minat & konsisten mereka. Dalam islam juga menyarankan umatnya menjalankan perniagaan kerana terukir dalam hadith bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dr jalan perniagaan. Jangan diragui.

Cara ketiga ini paling sesuai bg individu yang suka bekerja sendiri & tidak suka menjadi orang bawahan, suka perkara yg mencabar & sanggup berusaha keras tanpa jemu. Tetapi bagi mereka yang berusaha gigih namun masih gagal atau tidak berjaya harus berfikir lebih jauh. Biasanya jika caranya tidak menepati liku2 jalannya atau tidak berguru dgn yg ahli & tidak mengikut mentor bisnes sudah pastilah akhirnya ia gagal walaupun betapa kuat usaha kemampuan mereka.

Namun sbg orang baru harus berani menghadapi semua kegagalan itu. Tanpa keberanian itu anda sudah menempah kegagalan. Sebaliknya dgn semangat berani gagal & cita2 tinggi utk berjaya anda sudah berada sebelah kaki & separuh jalan menempa kemenangan.

Maka janganlah anda berhenti ditengah2 jalan dr usaha anda mencapai kebebasan kewangan anda. Teruskan berusaha & yakin serta bertawakallah kepada Allah s.w.t kerana Dialah sahaja memakbulkan impian & cita2 kita.....Wallahu'alam.

P/S: Kekayaan perlukan ilmu, sistem dari mentor yang hebat! Ilmu sentiasa ada utk org yang sukakan ilmu...Berusaha mencari ilmu yang akan pasti merubah status anda....Tanya saya jika anda inginkan kejayaan itu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...