Monday, August 15, 2011

Khasiat Pegaga

Hari ini saya share mengenai pegaga...atau nama saintifiknye centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Tumbuh menjalar pd tanah yg lembab spt kebun,ladang,tepi jalan..dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. 


Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Di glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.


Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.
Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal...Ia juga kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

Tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu.

Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk krim namun ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah & kesan lebih cepat. Jadi xmustahil lah muncul testimoni2 hebat spt dlm blog saya ni....memang terbukti..!.Boleh je kalau nak makan terus pegaga tu...sekilo sehari sekali dgn akarnya tapi akan nampak kesannya dalam 15~20 thn akan datang...so lebih senang & ringkas dgn Bio ~ Ever Nano Cream memberi kesan yang sama seperti kita memakan secara segar & xyah tgu 20 tahun untuk nampak kesannya...huhuhuhu...! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...